Kembali

Tuesday, January 7, 2014

Hidup Seorang Darwisy



















Hidup seorang Darwisy
mencari tenang dalam keriuhan...
Hidup seorang Darwisy
meniti derita mencari kesucian
... 
Hidup seorang Darwisy
melawan keinginan, menundukkan kemahuan...
Hidup seorang Darwisy
miskin keduniaan, kaya kerinduan padaNYA...
Hidup seorang Darwisy
miskin melarat,mewah rahsia di dalam rahsia...
Hidup seorang Darwisy
gila diperkatakan, berenang tenang dilautan qudsiah...
Hidup seorang Darwisy
menyelam kedasar zuhud bertalikan syariat...
Hidup seorang Darwisy
menghiasi malam dengan tangisan, terus membisu dikesiangan...
Hidup seorang Darwisy
menanti satu makam dengan datangnya seribu fitnah...
Hidup seorang Darwisy
lesu di sisi Al Haq, perkasa pada yang batil...
Hidup seorang Darwisy
perlukan harta namun tetap mengelak...
Hidup seorang Darwisy
menolak megah, mencari redha...
Hidup seorang Darwisy
menatap keindahan rohani, meleburkan kesedapan badani...
Hidup seorang Darwisy
bertemu mutiara tanpa lautan...
Hidup seorang Darwisy
mengharapkan api untuk cahaya...
Hidup seorang Darwisy
memahami makna sebelum tersurat...
Hidup seorang Darwisy
menghidupkan malam seumpama siang...
Hidup seorang Darwisy
mendongak keagunganNYA dalam zikir tak henti...
Hidup seorang Darwisy
datang tak dirai, pulang tak disedari...
Hidup seorang Darwisy
adalah tadahan nista dan keji...
Hidup seorang Darwisy
sibuk dicaci dan dimaki...
Hidup seorang Darwisy
tidak lemah dek derita, tidak pula bahagia dek kesenangan...
Hidup seorang Darwisy
tidak rebah dek hinaan, tidak pula mendada bila dipuji...
Hidup seorang Darwisy
menyembah tuhan kerana cintanya...
tidak kerana syurga dan neraka
melatih diri mengenali cinta sebenar lagi sejati... Hmmm...


Original : Selasar Si Fakir

No comments:

Post a Comment

Apakah kiranya beri singkapan pandangan anda di sini: