Kembali

Monday, August 24, 2015

PANTUN SIFAT 20

PANTUN SIFAT 20

Wujud ALLAH wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud ALLAH dapat dirasa
Namun ia tak dapat diduga.

Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.

Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.

Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.

Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.

Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.

Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

Kita hamba lemahlah jua
Tiada berdaya, tiada berupaya
KepadaNya berpasrahlah kita
Baru kita hidup bahagia...ud ALLAH dapat dirasa
Namun ia tak dapat diduga.

Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.

Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.

Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.

Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.

Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.

Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.

Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.

Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.

Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.

Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.

Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.

Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.

Kita hamba lemahlah jua
Tiada berdaya, tiada berupaya
KepadaNya berpasrahlah kita
Baru kita hidup bahagia...

Sebagai panduan mengenal diri... InsyaAllah... Hmmm...

Tuesday, February 3, 2015

PANTUN LAILAHAILLALLAH (DARI KEKASIH KEPADA KEKASIH)

Lailahaillallah kata terjali
Segala makna hendak dikenali
Lafaz dan makna sama sekali
Inilah amalan segala wali...

Lailahaillallah bukannya mudah
Ditasdiq dihati diikrar dilidah
Dinegeri akhirat tempat berpindah
Mudah-mudahan dapat faedah...

Lailahaillallah tali yang teguh
Sebut olehmu bersungguh-sungguh
Siang dan malam jangan bertangguh
Mesrakan olehmu ke dalam tubuh...

Lailahaillallah bukan kepalang
Sebut olehmu berulang-ulang
Mesrakan olehmu ke dalam tulang
Inilah bekal yang dibawa pulang...

Tuesday, March 11, 2014

TERBALIK

AKU adalah KAU apabila A dan K diterbalikkan... 
KAU adalah AKU apabila K dan A diterbalikkan... 
Kerna Hanya Takdir Mampu Mengubah Takdir... Sudah Ditakdirkan Takdir Kau Berubah, Boleh Kau Tahu? Hanya Yang Mengetahui Tahu... Semuanya Ketentuan... Semoga Kau Tenang Dalam Keredhaan... Hmmm...

Sunday, March 9, 2014

SEPUH

"Sekali Aku Sepuh, Baru Aku Tau..!"

Dalam mengenal, kita terkenal... Gembira, sedih, berani, takut dll tetap adalah fitrah manusia... Hmmm...

Tuesday, January 28, 2014

SEBENAR

"Dirimu yang sebenar adalah apa yang kamu lakukan saat tiada orang melihatmu..."
-Saidina Ali Bin Abi Talib (R.A)-

Tuesday, January 14, 2014

Sufi - Damasutra



















Sufi selangkah tirai kasihmu ku buka
Engkau serahkan cinta hingga dirimu tiada
Kasih sufi kau rela pilih derita di dunia
Biar rebah di hina kau tak berubah...

Kau menguasai se-lautan
Yang tersembunyi di genggaman
Nafi dan isbat kau sandingkan
Sebagai tali pegangan...

Sufi kau hilang di pandangan
Ada di dalam kenikmatan
Engkau dan dia pasti tidak akan terpisah...

Andai tertutup tirai sufi
Yang terang tidak nampak terang
Inilah siksa menyakitkan sepanjang jalan...

Inginku tempuh titianmu
Dari kekasih ke kekasih
Pengabdianku bersamamu kasih
Biar rebah di hina kau tak berubah...

Tuesday, January 7, 2014

Hidup Seorang Darwisy



















Hidup seorang Darwisy
mencari tenang dalam keriuhan...
Hidup seorang Darwisy
meniti derita mencari kesucian
... 
Hidup seorang Darwisy
melawan keinginan, menundukkan kemahuan...
Hidup seorang Darwisy
miskin keduniaan, kaya kerinduan padaNYA...
Hidup seorang Darwisy
miskin melarat,mewah rahsia di dalam rahsia...
Hidup seorang Darwisy
gila diperkatakan, berenang tenang dilautan qudsiah...
Hidup seorang Darwisy
menyelam kedasar zuhud bertalikan syariat...
Hidup seorang Darwisy
menghiasi malam dengan tangisan, terus membisu dikesiangan...
Hidup seorang Darwisy
menanti satu makam dengan datangnya seribu fitnah...
Hidup seorang Darwisy
lesu di sisi Al Haq, perkasa pada yang batil...
Hidup seorang Darwisy
perlukan harta namun tetap mengelak...
Hidup seorang Darwisy
menolak megah, mencari redha...
Hidup seorang Darwisy
menatap keindahan rohani, meleburkan kesedapan badani...
Hidup seorang Darwisy
bertemu mutiara tanpa lautan...
Hidup seorang Darwisy
mengharapkan api untuk cahaya...
Hidup seorang Darwisy
memahami makna sebelum tersurat...
Hidup seorang Darwisy
menghidupkan malam seumpama siang...
Hidup seorang Darwisy
mendongak keagunganNYA dalam zikir tak henti...
Hidup seorang Darwisy
datang tak dirai, pulang tak disedari...
Hidup seorang Darwisy
adalah tadahan nista dan keji...
Hidup seorang Darwisy
sibuk dicaci dan dimaki...
Hidup seorang Darwisy
tidak lemah dek derita, tidak pula bahagia dek kesenangan...
Hidup seorang Darwisy
tidak rebah dek hinaan, tidak pula mendada bila dipuji...
Hidup seorang Darwisy
menyembah tuhan kerana cintanya...
tidak kerana syurga dan neraka
melatih diri mengenali cinta sebenar lagi sejati... Hmmm...


Original : Selasar Si Fakir

Wednesday, July 21, 2010

IMPI

"Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim... ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok..."
-Imam Hassan Al Banna-

Tuesday, July 20, 2010

SINGKAP



Setitik air umpama kita,
tidak sedar dalam lautan,
ada arah arus membawa,
andai sedar itu pautan...

Itulah dia namanya dia,
makin dirasa makin merasa,
sejarah jangan pernah dilupa,
singkap kembali susun aturnya...

Memang itu harapan semua,
jika tak nampak meraba ke mana,
lintas sekali ikut sahaja,
pasti luar ikut dalamnya...

Hmmm...

Sunday, July 18, 2010

SEBAIK

kiri kanan nian terang,
kembali pada asalnya niat,
pulang Ada hatinya tenang,
bergolak redha insan diangkat...

Taubat itu kuat dengannya,
benar tersurat benar tersirat,
sebaik amal apa jawabnya,
tiada dunia tiada akhirat... Hmmm...

Tuesday, July 13, 2010

BERKORBAN APA SAJA oleh P. Ramlee


Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Saturday, July 10, 2010

LANTERA



Sinar suasana lantera hati
makin malan dimamah kosong
lenggut tak kisah darimu jua
selimut litupi dari amarah...

Kebiasaan gagak dipandang serong
dipandang oleh kebiasaan orang
namun, jika hati sudah terlorong
gagak yang gelap dipandang terang...

Ku mencari apakah salahku...
Ku mencari ke mana jalanku...
Ku mencari dimana cahayamu...
Mujur kutemui bayangku...
Lalu kutahu cahayamu ada disitu...

Friday, July 9, 2010

MUSTIKA oleh M Nasir



Kau yang berselindung
Di balik sutra
Warnamu pelangi
Engkau mustika hati
Pesona cinta
Mahligai rindu
Malam dingin yang kejam
Aku tiada gentar
Kerna cintamu
Misteri alam yang terbongkar
Lena jadi sedar
Kerna kasihmu

Yang dulu ku cari
Rupa-rupanya ada di sini
Dan yang bermain di mimpi
Menjelmalah engkau dalam realiti

Dulu lalu depan mata
Tapi ku tak hirau
Ku Tak peduli
Tapi setelah ku tahu
Hanya engkau teman
Kau tak ku lepaskan

Mustika, oh... mustika
Mestikah aku menjadi penanti
Pelukan sakti cinta sucimu
Aku tak sabar menantikan esok hari
Bawalah daku bersamamu
Oh, mustika hatiku
Mustika, oh... mustika

Thursday, July 8, 2010

PENTING

Pentingkan kepentingan insan lain dengan ikhlas,
nescaya pasti insan lain akan pentingkan kepentingan dirimu... Hmmm...

ANDAI

Nian lemas dihimpit persona
hukum kudrat nyata terbatas
olah muara meniti saujana
cemerlang andai pacunya pantas...

Andai-mengandai sanggar mustika
serong andaian terpukang jalan
hikmat terbentang seni teroka
sinar memukau terus pandangan... Hmmm...

Wednesday, July 7, 2010

YANG

Dengar yang itu...
turutkan sahaja...
perlu mengenal yang di mana...
yang indah akan mengindahkan...
senang tapi payah...
sedikit tapi payah... Hmmm..

Tuesday, July 6, 2010

HIJAB

Terlenang jernih airmata
mengenang bersih pada cinta
indah sungguh rasa di jiwa
betapa indah susunan segala
nafas terhidu tanda terima
rindu dalam rindumu jua
dalam gemala terpancar sirna...
Hmmm...

Monday, July 5, 2010

WIJAYA


Bercakap tidak suaranya ada
tiada rona hasil gabungnya
dicapai tiada teraruh masa
jadi di sini jadi di sana...

Nak cari jaya jumpa usaha
susah belayar tanpa labuhan
lihat cinta terharu di dada
halang rundongan hitamnya awan... Hmmm... :)

Sunday, July 4, 2010

ILHAM



Ilham datang di kala perlu
nan indah selalu ada bersama
selalu senyum gerak setuju
tiada gundah tiada rasa...

Semalam wujud untuk direnung
esokkan hadir menjelang terang
sekarang meniti waktu memayong
melempar pukat jangan terpukang...

impian beribu dinanti pasti
andai benar jadi pegangan
jemu jangan biar pagari
andai jaya jadi igauan...

tenang itu alamat redha
balas kan datang tanpa diduga
biar dina dipandang dunia
asal kaya dengannya jua... Hmmm... :)

Saturday, July 3, 2010

SAMA-SAMA


Nak makan, makanlah bersama sama...

Nak minum, minumlah bersama sama...

Nak belajar, belajarlah bersama sama...

Nak gembira, gembiralah bersama

Nak apa pon, apa ponlah bersama sama...

kan hatimu tenang bersama samanya.....! Hmmm...