Kembali

Wednesday, July 21, 2010

IMPI

"Janganlah engkau berputus asa kerana putus asa itu bukanlah akhlak seorang muslim... ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok..."
-Imam Hassan Al Banna-

Tuesday, July 20, 2010

SINGKAP



Setitik air umpama kita,
tidak sedar dalam lautan,
ada arah arus membawa,
andai sedar itu pautan...

Itulah dia namanya dia,
makin dirasa makin merasa,
sejarah jangan pernah dilupa,
singkap kembali susun aturnya...

Memang itu harapan semua,
jika tak nampak meraba ke mana,
lintas sekali ikut sahaja,
pasti luar ikut dalamnya...

Hmmm...

Sunday, July 18, 2010

SEBAIK

kiri kanan nian terang,
kembali pada asalnya niat,
pulang Ada hatinya tenang,
bergolak redha insan diangkat...

Taubat itu kuat dengannya,
benar tersurat benar tersirat,
sebaik amal apa jawabnya,
tiada dunia tiada akhirat... Hmmm...

Tuesday, July 13, 2010

BERKORBAN APA SAJA oleh P. Ramlee


Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tidak diingini
Bahagia kekasih
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Saturday, July 10, 2010

LANTERA



Sinar suasana lantera hati
makin malan dimamah kosong
lenggut tak kisah darimu jua
selimut litupi dari amarah...

Kebiasaan gagak dipandang serong
dipandang oleh kebiasaan orang
namun, jika hati sudah terlorong
gagak yang gelap dipandang terang...

Ku mencari apakah salahku...
Ku mencari ke mana jalanku...
Ku mencari dimana cahayamu...
Mujur kutemui bayangku...
Lalu kutahu cahayamu ada disitu...

Friday, July 9, 2010

MUSTIKA oleh M Nasir



Kau yang berselindung
Di balik sutra
Warnamu pelangi
Engkau mustika hati
Pesona cinta
Mahligai rindu
Malam dingin yang kejam
Aku tiada gentar
Kerna cintamu
Misteri alam yang terbongkar
Lena jadi sedar
Kerna kasihmu

Yang dulu ku cari
Rupa-rupanya ada di sini
Dan yang bermain di mimpi
Menjelmalah engkau dalam realiti

Dulu lalu depan mata
Tapi ku tak hirau
Ku Tak peduli
Tapi setelah ku tahu
Hanya engkau teman
Kau tak ku lepaskan

Mustika, oh... mustika
Mestikah aku menjadi penanti
Pelukan sakti cinta sucimu
Aku tak sabar menantikan esok hari
Bawalah daku bersamamu
Oh, mustika hatiku
Mustika, oh... mustika

Thursday, July 8, 2010

PENTING

Pentingkan kepentingan insan lain dengan ikhlas,
nescaya pasti insan lain akan pentingkan kepentingan dirimu... Hmmm...

ANDAI

Nian lemas dihimpit persona
hukum kudrat nyata terbatas
olah muara meniti saujana
cemerlang andai pacunya pantas...

Andai-mengandai sanggar mustika
serong andaian terpukang jalan
hikmat terbentang seni teroka
sinar memukau terus pandangan... Hmmm...

Wednesday, July 7, 2010

YANG

Dengar yang itu...
turutkan sahaja...
perlu mengenal yang di mana...
yang indah akan mengindahkan...
senang tapi payah...
sedikit tapi payah... Hmmm..

Tuesday, July 6, 2010

HIJAB

Terlenang jernih airmata
mengenang bersih pada cinta
indah sungguh rasa di jiwa
betapa indah susunan segala
nafas terhidu tanda terima
rindu dalam rindumu jua
dalam gemala terpancar sirna...
Hmmm...

Monday, July 5, 2010

WIJAYA


Bercakap tidak suaranya ada
tiada rona hasil gabungnya
dicapai tiada teraruh masa
jadi di sini jadi di sana...

Nak cari jaya jumpa usaha
susah belayar tanpa labuhan
lihat cinta terharu di dada
halang rundongan hitamnya awan... Hmmm... :)

Sunday, July 4, 2010

ILHAM



Ilham datang di kala perlu
nan indah selalu ada bersama
selalu senyum gerak setuju
tiada gundah tiada rasa...

Semalam wujud untuk direnung
esokkan hadir menjelang terang
sekarang meniti waktu memayong
melempar pukat jangan terpukang...

impian beribu dinanti pasti
andai benar jadi pegangan
jemu jangan biar pagari
andai jaya jadi igauan...

tenang itu alamat redha
balas kan datang tanpa diduga
biar dina dipandang dunia
asal kaya dengannya jua... Hmmm... :)

Saturday, July 3, 2010

SAMA-SAMA


Nak makan, makanlah bersama sama...

Nak minum, minumlah bersama sama...

Nak belajar, belajarlah bersama sama...

Nak gembira, gembiralah bersama

Nak apa pon, apa ponlah bersama sama...

kan hatimu tenang bersama samanya.....! Hmmm...

Friday, July 2, 2010

UJI

Setiap ujian ada jawabnya
ujian diberi ada peringkat
jua padamu leka terpunya
kian rindu kian diingat...

permata intan baiduri nilam
sedap dikata sedap dilihat
permata dalam asalnya kelam
tiba masanya untuk dikilat...

tidak ditinggal rasul junjungan
yakni selain quran dan sunnah
sudah tertulis untuk renungan
renungan menjadi cahaya cerah....

Fikir kanan fikir kiri
kalau tak dapat kelam di hati
jaga badan jaga diri
diri punca segala terdiri...

alam semesta si bima sakti
pusing segala erti adanya
dilihat jangan terbuai mimpi
bangunlah berjalan dengan adanya...

Dua tiga kapal berlayar
jatuhkan sauh jangan sekali
mula diakhir walau berbayar
kelak disukat jangan ratapi.. Hmmm...

Thursday, July 1, 2010

KUDRAT

Lena jaga itu hendaknya

pasti dipinta tiada hentinya

luar elok pandang semua

yang lain tentu dicari jua... payah payah...! :(


Wilmana terbang sayap terbuka

kekadang ditutup jatuh bawahnya

bawahnya rendah namun bermakna

pelangi indah jarang dinyata... Hmmm... :)


temu hulu di hujung sana
mendatang hilir dari hulunya
dibawah rehat bukan dipinta
niat dilihat tidak bermaya...

maya bermain di suralaya
di situ jua bemandi manda
dipinta kasih sentiasa ada
tidak bermaya dalam hendaknya....